Harits Asyraf Hasnan
Felo
Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata
kongres parti yang berlangsung hari ini tidak mengangkat aspirasi
reformasi yang sebenar. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat masih terperangkap dalam isu
perebutan kuasa dan pengkhianatan parti yang berlaku sejak 2018.
Felo
Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Hamidin Abd Hamid berkata
kongres parti yang berlangsung hari ini tidak mengangkat aspirasi
reformasi yang sebenar.
"Masyarakat
sudah 'tenggelam', 'ketakutan', tetapi apa yang mereka (perwakilan)
lakukan ialah cuma memberi tahu apa yang sedang berlaku.
"Namun, mereka tidak memberi alternatif atau jalan keluar dan yang boleh diguna pakai.
"Sebagai
sebuah parti yang menjadi pendokong utama bagi Pakatan Harapan (PH),
PKR seharusnya menggunakan kelebihan tersebut untuk mendominasi
perbincangan dan mengawal naratif bagaimana negara harus berdepan dengan
persoalan (pandemik) ini," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Penganalisis | Analisis Kongres Nasional Tahunan Keadilan Ke-15
Jelasnya,
apa yang disuarakan kebanyakan perwakilan adalah keperitan hidup yang
dialami serta kegagalan kerajaan menangani masalah, lalu ia berhenti di
situ tanpa cadangan penyelesaian.
"Saya
agak terperanjat kerana apakah alternatif yang ditawarkan untuk
masyarakat oleh PKR bagi berdepan dengan suasana pandemik ketika ini?
"Saya berharap, kalau kita lihat apa inisiatif yang dilakukan kerajaan Selangor, ia merupakan sesuatu yang baik.
"Sekiranya
itu diangkat PKR sebagai sebuah parti politik, seharusnya ia
diketengahkan dan menunjukkan kepada rakyat, PKR sebagai sebuah parti
telah menunjukkan adanya alternatif, pendekatan yang berbeza yang
membolehkan keselesaan yang lebih baik dari segi ekonomi, keselamatan
dan kesihatan kepada rakyat.
"Malangnya, itu tidak berlaku," ujar beliau.
Sebelum ini, PKR menangguhkan Kongres Nasional parti itu selepas mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kongres
Nasional Tahunan PKR 2020 berlangsung menerusi platform dalam talian
sepenuhnya disebabkan kekangan akibat pandemik COVID-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan