HALAMAN SANTAI

Rabu, 16 Jun 2021

Pelaburan: Sanusi lonjak 1028% atasi jauh Mukhriz

KedahOnline

https://kedahonline.com/wp-content/uploads/2021/06/IMG-20210614-WA0011.jpg

ALOR SETAR – Kedah dilihat menjadi kuasa baharu pintu masuk pelaburan ke Asia Tenggara apabila menerima jumlah besar hampir RM43 bilion mengatasi negara lain, malah memecah rekod pencapaian sendiri.

Angka di bawah Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor ini jauh berbanding pelaburan RM4.18 bilion diterima setahun (2020) hasil usaha teraju pentadbiran mantan Menteri Besar, Datuk Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir.

Dari RM5 bilion di zaman Mukhriz, RM820 juta terhasil dari rundingan di bawah Sanusi dan terus mengorak langkah meneroka dan mendapatkan pelaburan baharu serta mendapatkan tambahan pelaburan sedia ada.

Hasil diperolehi, hanya dalam tiga bulan atau suku pertama tahun 2021 sebanyak RM42,980,180,000 ini telah diterima daripada jumlah keseluruhan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI).

Bermakna untuk tiga bulan sahaja, Sanusi telah mengatasi setahun Mukhriz sebanyak 1,028 peratus dan tentunya akan menjarak semakin jauh lagi bagi segala pelaburan akan diterima sepanjang 2021 ini.

Pencapaian Kedah ini mendekati FDI Singapura yang menerima RM43.1 bilion dan mengatasi jauh Belanda sebanyak RM5.0 bilion, Korea (RM4.3 bilion), Taipei (RM0.5 bilion) dan Hong Kong (RM0.3 bilion).

Apatah lagi jumlah tinggi itu mengatasi jauh negeri lain dalam Malaysia iaitu Selangor (RM8.6 bilion) ditangga kedua diikuti Sarawak (RM6.9 bilion), Sabah (RM5 bilion) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM4.9 bilion).

Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu telah disusuli laporan pencapaian pelaburan yang diperincikan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBi) Kedah iaitu Invest Kedah Berhad.

Jumlah FDI diterima adalah RM42,292,680,000 dan DDI pula RM687,500,000 dengan jumlah terbesar adalah sektor perkilangan sebanyak RM42,388,000,000, manakala sektor perkhidmatan dan utama RM591,680,000.

Menurut Invest Kedah, paling besar adalah dari sektor perkilangan dengan FDI diterima dari Risen Solar Technolgy Sdn Bhd sebanyak RM42.23 bilion yang merupakan pelaburan baharu modul dan sel solar ke Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

DDI baharu pula bentang laporan itu, diterima dari empat syarikat berasaskan produk kimia iaitu Plasticycle Industri Sdn Bhd dan Bumimaju Industries Sdn Bhd masing-masing RM6.93 juta dan RM3.1 juta di Kulim.

Serta Kiyamas Chemical Sdn Bhd sebanyak RM20.1 juta di Sungai Petani dan RM9 juta pula dari CSH Green Resources Sdn Bhd di Lunas, manakala SP Mega Minerals Sdn Bhd sebanyak RM29.3 juta di Padang Meha pengeluar produk logam.

Bagi laporan pembesaran operasi FDI pula, syarikat Jerman, Munzing Malaysia Sdn Bhd di Bukit Selambau menambah RM54.95 juta dan SM Biomed Sdn Bhd di Sungai Petani dengan RM1.15 juta di mana kedua-duanya juga memproses bahan kimia.

Syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan getah iaitu Ryco Hydraulics Sdn Bhd di Kuala Ketil pula menokok sejumlah RM1.7 juta lagi.

Manakala DDI yang menambah pula adalah syarikat makanan, Kencana Biotech Sdn Bhd di Sungai Korok dengan RM6.68 bilion di Sungai Korok dan United Copper Industry Sdn Bhd di Gurun dengan RM2 juta lagi untuk industri asas logam.

Laser Compo Sdn Bhd di Sungai Petani dan Coraza Systems Malaysia Sdn Bhd di Kulim masing-masing RM2 juta RM14.29 juta kepada produk logam fabrikasi serta RM4.9 juta oleh kilang kimia di Sungai Lalang iaitu Silcotech Industry Sdn Bhd.

Semua pelaburan baharu dan pelaburan pembesaran atau pertambahan operasi yang diluluskan MIDA bagi sektor perkilangan Q1 2021 ini sahaja telah mewujudkan pekerjaan kepada 3,778 orang lagi.

Laporan Invest Kedah itu turut membentangkan sejumlah anggaran diunjurkan dalam masa terdekat iaitu RM10.52 bilion lagi bakal ke negeri ini dan mewujudkan jumlah semasa peluang pekerjaan kepada 9,178 orang.

Iaitu RM8.5 bilion FDI ke KHTP dari syarikat Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft (AT&S) dan RM2 bilion dari Menicon Co Ltd, serta RM200 juta DDI ke Bukit Kayu Hitam oleh KT Express Logistics Sdn Bhd. – KedahOnline

Tiada ulasan: