HALAMAN SANTAI

Ahad, 6 Jun 2021

Rakyat kena ikat perut, inilah kesudahan darurat – Najib

Wartawan MalaysiaGazette
MGF30032021_MALAYSIA-DEMOCRACY-1-5
Najib Razak

KUALA LUMPUR – “Kami ikat perut, kamu ikat perut. Semua ikat perut! Kecuali bank dan kilang,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Reaksi beliau itu selepas Kementerian Kewangan menyeru syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta Badan Berkanun Persekutuan mempertimbangkan pemotongan gaji dan ganjaran kakitangan mereka secara sukarela.

Bekas perdana menteri itu berkata, cadangan itu merupakan akibat kerana mengisytiharkan darurat yang menyebabkan pelabur ke datang ke Malaysia hingga menyebabkan hasil kerajaan jatuh.

”Bukan saya tak pernah beri amaran dari permulaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan sebelum darurat bermula. Berulang kali saya dah kata. Sehingga saya sendiri bosan tapi terpaksa ulang sebab kesannya amat besar pada rakyat dan kerajaan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, pelaksanaan PKP 1.0 pada tahun lepas merupakan bukti kerajaan sudah cukup kuasa untuk membendung Covid-19.

”Buat paling ketat dan singkat untuk beri impak maksimum supaya PKP tidak berpanjangan dan Rakyat tidak sia-siakan pengorbanan dan kerajaan boleh mengelak dari berulang kali memberi pakej rangsangan setiap kali PKP dibuat,” tambahnya

Bagaimanapun, kata Najib, kerajaan tidak menghiraukan amarannya, mungkin sebab mereka lebih gemar dengan pendekatan Tun Mahathir Mohamad supata rakyat ikat perut.

“Selepas kerajaan belanja RM600 bilion dan selepas PKP 1.0, PKP 2.0, PKP 3.0/3.1 dan Total Lockdown 1.0, inilah kesudahannya.

”Kes Covid masih amat tinggi. Rekod kematian hampir setiap hari. Ekonomi masih parah. Kerajaan dah nak bankrap. Rakyat ikat perut. Negara-negara lain pula semakin memulih. Kita ketinggalan lagi,” ujar Najib. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: