Astro Awani

KUALA LUMPUR:
Kerajaan Pusat perlu mengadakan sidang Parlimen secara bersemuka bagi
membincangkan isu berkaitan COVID-19 di negara ini berbanding
persidangan hibrid.
Tegas Presiden
Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, langkah itu penting bagi
badan perundangan bersemuka bagi membincang penyelesaian terbaik
menangani COVID-19 di Malaysia yang dilihat semakin memburuk walaupun
negara sudah melaksanakan darurat.
Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berpandangan, persidangan Parlimen secara hibrid seolah-olah usaha 'separuh masak'.
"Sidang
Parlimen ditangguhkan pada Januari tahun ini selepas pengisytiharan
darurat untuk menangani wabak itu. Namun, jumlah kes jangkitan masih
meningkat sementara kadar vaksinasi masih rendah.
"Kita
tidak boleh membiarkan keadaan ini menjadi lebih buruk dan sekarang
adalah masa untuk persidangan parlimen konvensional. Ini adalah asas dan
perlembagaan untuk mengadakan mesyuarat parlimen.
"Ini (COVID-19) adalah masalah serius dan mesti ditangani dengan proaktif," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mohd
Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, persidangan bersemuka
itu hanya perlu dihadiri oleh 220 ahli parlimen yang kebanyakannya sudah
menerima vaksin dan para pegawai tidak perlu hadir.
Semalam,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang),
Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan sedang mengkaji konsep
dan mekanisma ke arah pelaksanaan Sidang Dewan Parlimen secara hibrid
yang melibatkan Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Ini
bagi memastikan Parlimen dapat berperanan sebagaimana sewajarnya
walaupun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19 serta program
pemulihan masih berjalan di semua peringkat.
Pada
12 Jan lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Darurat sehingga 1 Ogos
depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk
membendung gelaja wabak COVID-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan