Astro Awani

Dr.
Jeniri menegaskan, bekas Perdana Menteri itu hanya memenuhi agenda
sendiri dan tidak mahu menerima maksud sebenar yang disampaikan Menteri
Kanan (Keselamatan). - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Tun Dr Mahathir Mohamad terpesong apabila menafsir maksud hantaran
Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu 'tutup pintu
depan'.
Felo Kanan Majlis Profesor
Negara, Jeniri Amir menegaskan, bekas Perdana Menteri itu hanya memenuhi
agenda sendiri dan tidak mahu menerima maksud sebenar yang disampaikan
Menteri Kanan (Keselamatan).
"Komen
bekas Perdana Menteri itu yang mengaitkan kerajaan pintu belakang
adalah tidak lagi relevan kerana apa yang penting kerajaan sekarang
telah disokong oleh Ahli Parlimen yang yakin akan kepemimpinan Tan Sri
Muhyiddin Yassin untuk menerajui negara ketika ancaman pandemik
COVID-19.
"Apa-apa
pun tafsiran yang dibuat terhadap ungkapan itu, jelas mencerminkan
kekesalan dan kekecewaan beliau, sekali gus menunjukkan ketidakmatangan
sebagai bekas Perdana Menteri.
"Kita
tidak harus hairan dengan segala tanggapan dan tafsiran yang dibuat Dr.
Mahathir mengenai Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini
terutamanya selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri sesudah
kejatuhan Pakatan Harapan (PH)," katanya dalam satu kenyataan pada
Sabtu.
Sebelum
ini, Dr Mahathir dilaporkan menyatakan keliru dengan hantaran status
Facebook Ismail Sabri Yaakob berkenaan ‘tutup pintu depan’ yang
mengundang spekulasi ramai.
Ini kerana, Dr. Mahathir menjelaskan tidak dapat mengenal pasti mengenai pintu yang dimaksudkan Ahli Parlimen Bera berkenaan.
Bagaimanapun
Ismail Sabri menyatakan tiada sebarang maksud tersirat di sebalik
kenyataan tersebut melainkan mahu pulang selepas selesai waktu kerja.
Dalam
pada itu Dr Jeniri memaklumkan, Dr Mahathir terkenal sebagai pemimpin
yang menggunakan logiknya sendiri untuk memenuhi agenda peribadi atau
partinya.
"Ungkapan Ismail Sabri itu berlapik, ada makna dan mesej lain yang cuba dihantarnya.
Dalam
konteks komunikasi politik, ungkapan itu bukan dibuat sesuka hati,
apatah lagi apabila kata-kata itu disertakan dengan gambar.
"Seorang
pemimpin politik tidak mungkin mengungkapkan sesuatu sesuka hati, malah
kadang-kadang mereka menyampaikan mesej atau maksud dengan berpegang
kepada peribahasa 'pukul anak sindir menantu'.
"Rakyat
tidak harus ambil serius pandangan beliau yang semakin tidak lagi
berjejak, melainkan bersalutkan agenda kekecewaan ekoran kesilapannya
sendiri sehingga PH tidak lagi berkuasa," ujarnya.
Katanya
lagi, Dr Mahathir juga akan menggunakan segala kesempatan untuk memberi
gambaran bahawa kerajaan sekarang tidak sah dan tidak mendapat mandat
daripada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan