HALAMAN SANTAI

Rabu, 23 Jun 2021

Shahidan dakwa seorang Ahli Parlimen UMNO tandatangan dokumen sokong Anwar

BEKAS Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini terus ‘memanaskan’ situasi politik dalam parti itu apabila mendedahkan seorang ahli Parlimen telah membuat pengakuan kepadanya bahawa beliau telah menandatangani dokuman sokongan untuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Arau itu muncul dalam sidang media secara maya yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani mendakwa, Ahli Parlimen tersebut menandatangani sokongan itu pada 7 Jun lalu di hadapan Anwar dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

“Pengakuan seorang Ahli Parlimen yang mengatakan bahawa dia tandatangan untuk menyokong Anwar, di depan Presiden dan di depan Anwar dan depan seorang kenamaan, jadi saya rasa ini satu kesalahan yang perlu diambil tindakan. Tapi benda ini (seorang Ahli Parlimen tandangan sokong Anwar) berlaku 7 Jun lepas,” katanya.

Shahidan bagaimanapun tidak memperincikan sama ada dokumen sokongan untuk Anwar itu berbentuk akuan bersumpah atau lain serta tidak menamakan Ahli Parlimen yang didakwa berbuat demikian mmahupun ‘orang kenamaan’ bersama Zahid dan Anwar yang dikatakan hadir sama.

Beliau berkata,  pendedahan itu antara bukti jelas menunjukkan Ahmad Zahid melanggar ketetapan parti yang secara jelas menyokong Kerajaan Perikatan Nasional sehingga pilihan raya dan ‘No Anwar, No DAP’.

Sebelum ini, arena politik negara dikejutkan  dengan surat yang didakwa dihantar oleh Ahmad Zahid kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Selepas itu Ahmad Zahid turut dikaitkan dengan rakaman audio yang didakwa mirip suara beliau berbual dengan Anwar selepas perhimpunan agunh UMNO.

Untuk isu surat Ahmad Zahid tidak memberi sebarang komen, sebaliknya hanya ibupejabat UMNO menafikan surat itu ditulis oleh Anwar manakala untuk isu rakaman audi itu walaupun Ahmad Zahid berjanji akan membuat laporan namun sehingga ke hari ini, ia tidak dilakukan.

Sementara itu, Shahidan dalam kenyataan berasingan menegaskan, majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) masih berpegah teguh dengan keputusan parti pada Perhimpunan Agung UMNO untuk menyokong kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15.

Beliau berkata, mereka juga bersetuju supaya sidang Parlimen disegerakan tetapi mengikut notis 28 hari bukannya 14 hari seperti mana didesak oleh Ahmad Zahid dalam kenyataan selepas mesyuarat Biro Politik semalam.

‘’Itu sebenarnya tidak tepat. Dan kalau kerajaan ini tidak berguna, UMNO majoriti dalam kerajaan, macam mana kerajaan tidak berguna sedangkan ahli UMNO ramai di dalamnya,’’ katanya.

Justeru beliau menasihatkan semua pihak apabila menegur kerajaan, mereka harus melakukannya atas dasar bersama kerajaan.

‘’Kalau nak tegur secara terbuka, itu tidak tepat. Kalau nak bagi pandangan pun, biarlah pandangan yang betul,’’ katanya.

Tiada ulasan: