Sinar Harian

Media
sebelum ini melaporkan kepimpinan PKR Negeri Sembilan sebulat suara
menyatakan hilang kercayaan terhadap Aminuddin selaku Pengerusi MPN. -
Gambar fail
SEREMBAN:
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk
Zulkefly Mohamad Omar mengesahkan, beliau tidak menerima sebarang surat
daripada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik balik
sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau
berkata demikian sebagai menjawab soalan Anthony Loke Siew Fook
(DAP-Chennah) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam Persidangan Pertama (Perasmian)
Penggal Keempat DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini pada Isnin.
Anthony
berkata, jawapan itu memberi mesej jelas kepada rakyat di Negeri
Sembilan bahawa ADUN Sikamat tersebut masih mempunyai sokongan majoriti
dalam DUN untuk terus menerajui kerajaan negeri sebagai Menteri Besar.
"Bagi
saya pergolakan dalam parti itu perkara biasa. Parti nak buat macam
mana, terpulang. Kalau parti nak tukar kedudukan Sikamat (Aminuddin)
sebagai Pengerusi (Majlis Pimpinan Negeri) pun, itu adalah hal dalaman
parti kerana kedudukan parti tidak menjejaskan kedudukan dalam
kerajaan," katanya.
Tegas beliau, selagi
Aminuddin mempunyai sokongan majoriti ADUN, kedudukannya sebagai Menteri
Besar tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Sehubungan
itu beliau menyeru kepada seluruh barisan ADUN kerajaan supaya
mendukung dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Aminuddin untuk
menerajui kerajaan Negeri Sembilan sehingga akhir tempoh.
Pada
Ahad, Sinar Harian melaporkan kepimpinan PKR Negeri Sembilan sebulat
suara menyatakan hilang kercayaan terhadap Aminuddin selaku Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan.
Ketua
Penerangan PKR Negeri, Yusof Tapar berkata, rombakan segera perlu
dilakukan dalam MPN bagi memastikan parti itu kekal relevan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan