Bernama
Ravi
berkata pelucutan jawatan Yusof itu hanyalah sebagai ketua penerangan
sahaja dan bukannya sebagai ahli PKR. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN:
Pemecatan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan
Yusof Tapar dibuat mengikut perlembagaan parti, kata Timbalan Pengerusi
PKR negeri Datuk M. Ravi.
Beliau
bagaimanapun berkata pelucutan itu hanyalah sebagai ketua penerangan
sahaja dan bukannya sebagai ahli PKR dan keputusan itu juga telah
mendapat persetujuan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita
memang dapat persetujuan daripada pusat, kita ada hak untuk ambil
tindakan, ini kerana jawatan itu dilantik bukannya dipillih dan kita
boleh pecat kerana tidak mengikut peraturan parti," katanya di sini hari
ini.
Ravi
berkata parti akan berbincang dengan Yusof selepas ini dan mungkin
menawarkan jawatan lain kepadanya kerana beliau adalah orang lama dalam
parti.
Beliau berkata setakat ini tiada
nama baharu dicalonkan untuk menggantikan Yusof dan ia hanya akan
diputuskan dalam mesyuarat biro parti itu minggu hadapan.
Semalam media melaporkan Yusof dipecat daripada jawatan Ketua Penerangan PKR negeri berkuat kuasa semalam.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan