Penamatan kontrak Razali Agus kerana prestasi tidak memuaskan
Nyza Ayob
KUALA LUMPUR - Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) semalam mengesahkan penamatan kontrak Naib Canselor Universiti Industri Selangor, Prof. Dato' Dr Mohd Razali Agus.
Melalui kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, Mohd Razali telah menjalani tempoh telah dilantik sebagai Naib Canselor oleh Lembaga Pengarah PIYSB pada 1 Ogos 2007. Sebelum ini beliau merupakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Alumni) Universiti Malaya.
Kenyataan tersebut menyebut pelantikan Mohd Razali sebagai Naib Canselor Unisel adalah berdasarkan kepada peruntukan Akta Institutusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan Perlembagaan Unisel. Mohd Razali dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama enam bulan iaitu bermula 1 Ogos 2007 sehingga 31 Januari 2008 bagi menilai prestasi beliau sebelum diserap ke dalam perkhidmatan.
Sepanjang tempoh tersebut Lembaga Pengarah PIYSB membuat penilaian secara berterusan dan tidak berpuas hati dengan prestasi beliau.
Kenyataan itu juga menyebut, sepanjang tempoh tersebut Lembaga Pengarah PIYSB membuat penilaian secara berterusan dan tidak berpuas hati dengan prestasi beliau.
Lembaga Pengarah PIYSB telah bersetuju untutk memberi peluang dengan melanjutkan tempoh percubaan selama enam bulan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2008 sehingga 31 Julai 2008.
Bagaimanapun menurut kenyataan tersebut, sepanjang tempoh percubaan kedua, perkhidmatan dan prestasi beliau masih tidak memuaskan.
Seterusnya kenyataaan tersebut menyatakan setelah mendapat nasihat perundangan dan membuat pertimbangan yang sewajarnya, Lembaga Pengarah PIYSB dalam mesyuarat khas pada 26 Jun 2008 telah membuat keputusan sebulat suara untuk tidak mengesahkan jawatan beliau.
Selain itu kenyataan tersebut menjelaskan, Lembaga Pengarah PIYSB juga memberikan satu bulan notis untuk menamatkan perkhidmatannya pada 31 Julai 2008 dengan cuti bergaji penuh berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan Unisel dan terma-terma serta syarat-syarat pelantikan yang terkandung dalam surat pelantikan tersebut.
Sehubungan itu, kenyatan tersebut menyatakan pada mesyuarat khas itu juga, Lembaga Pengarah telah bersetuju melantik Dekan Sekolah Pasca Ijazah Pengurusan, Unisel, Prof. Dr Khalifah Othman sebagai pemangku Naib Canselor Unisel berkuat kuasa mulai 1 Julai 2008 sehingga dimaklumkan kelak.
Beliau telah berkhidmat di Unisel dari 1 Mac 2005. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari tahun 1973 sehingga 2004. Beliau meupakan pemegang Ijzah Sarjana Muda Sains (Kewangan) dan Ijazah Sarjana Perniagaan dari Universiti Northen Illinois dan Ijazah Kedoktoran dari University of Sterling, UK.
Pada 27 Jun lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi Unisel juga mnejelaskan sebab yang sama penamatan perkhidmatan Mohd Razali.
Abdul Khalid turut menjelaskan yang pihak Lembaga Universiti tidak memecatkan beliau tetapi hanya memutuskan untuk tidak menyambung khidmatnya.
Beliau berkata, perkara tersebut (melanjutkan tempoh percubaan) berlaku semasa pengurusan Unisel di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Penamatan perkhidmatan Profesor Dato' Dr. Razali Agus, 52, dibuat kerana prestasinya sebagai Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) tidak memuaskan pihak Lembaga Universiti. - mns_
1 ulasan:
Isu nya disini bukan isu pecat dan buang. Isunya ialah ketidaktelitian semasa memilih calon. Apakah kriteria sebenar pemilihan adalah semata-mata akademik, skil pengurusan, skill pengurusan perniagaan (uni swasta) atau pertimbangan politik dan kroni? Dalam kes Razali AGUS, WALAUPUN DIA INI KAKI POLITIK, tetapi apa dan kenapa sebenarnya ia dipilih. Apa peranan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam pemilihan ini? Mengapa setelah memilihnya, SS tidak sahkan dalam jawatan semasa 6 bulan pertama. Ini bukan jawatan peon atau kerani.
Maklumat kem Khir Toyo menjelaskan Razali Agus bukan pilihannya tetapi pilihan SS. Apa yang sebenarnya agenda SS sehingga satu masa, Razali pernah berangan angan menjadi calon MB Selangor. Dalam kontek ini, jika Khir Toyo sekalipun terus jadi MB Selangor, pasti dia akan tendang Razali dan tendang SS sekali gus.
Malangnya, MB Selangor hari ini tidak nampak atau exconya Halimah Ali sering menerima nasihat yang salah atau mungkin juga makan gula-gula manis bikinan UMNO. Jelas sekali, Halimah gagal meneropong selewengan yang berlaku di Yayasan Selangor.
Catat Ulasan