HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Julai 2008

KENYATAAN AKHBAR

Isu Anwar: 3 bekas pemimpin badan antarabangsa pertikai Malaysia?


KAMI yang pernah berpeluang berkhidmat bersama dan di bawah kepimpinan beliau di institusi antarabangsa, mendengar dengan penuh kebimbangan berhubung pertuduhan yang dihadapkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun pertuduhan yang sama dan tidak berasas yang dihadapkan ke atas beliau 10 tahun dulu telah pun ditolak oleh mahkamah tertinggi negara Malaysia.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sekali lagi keyakinan kami terhadap integriti moral beliau, dalam menunaikan tanggungjawabnya terhadap negara dan masyarakat antarabangsa, beliau mengamalkan piawaan tertinggi dalam kepimpinan, sentiasa menekankan keadilan, keamanan dan pembangunan sejagat.

Kami juga ingin menyatakan keyakinan kami bahawa apa pun keadaan politik semasa, Kerajaan Malaysia tidak akan bertindak untuk mencampuri urusan kes ini, malah akan menggugurkan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai satu contoh bahawa kerajaan ini menghormati hak individu. Ini amat penting buat Malaysia di mata antarabangsa.

Ditandatangani oleh:

Paul Martin
Mantan Perdana Menteri Kanada and bekas Pengurusi G20

Michel Camdessus
Bekas Pengarah Urusan dan Pengurusi Lembaga Tabung Kewangan Antarabangsa.

James Wolfensohn,
Mantan Presiden Bank Dunia.

Tiada ulasan: