HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Julai 2008

Mahathir: Muzakarah tidak boleh belakangkan komponen BN


ALOR STAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata, Umno tidak boleh membelakangkan pendapat parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain berhubung muzakarah antara Umno dan PAS.

"Kalau kita tengok (dalam muzakarah) hanya PAS dan Umno sahaja yang akan bercakap, apa kata MCA, MIC serta Gerakan.

"Jadi kita (Umno) tinggal mereka (parti komponen) di belakang, sebenarnya mereka pun sebahagian daripada parti," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan sempena 100 tahun Kolej Sultan Abdul Hamid di sini hari ini.

Bekas Presiden Umno itu berkata, keberkesanan muzakarah berkenaan bergantung kepada subjek yang akan dibincangkan.

Terdahulu pada majlis itu, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dianugerah gelaran Collegians of the Century' manakala Dr Mahathir dianugerah gelaran `Collegians of the Year'.

Sultan Kedah turut merasmikan 'Centennial Square' dan upacara pengabadian 'Kapsul Masa" mengandungi watikah yang hanya akan dibuka dalam tempoh 100 tahun akan datang di halaman sekolah berkenaan. BERNAMA

Tiada ulasan: