HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Julai 2008

Mursyidul Am PAS akan terima Anugerah Nobel Keamanan versi Asia
Intan Abdullah


KUALA LUMPUR - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz akan menerima Anugerah Keamanan Nobel versi Asia, Anugerah Keamanan Gusi pada November ini di Manila, Filipina

Maklumat tersebut disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Annual Bakri Haron yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun oleh Gusi Peace Price Foundation dan difahamkan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk menerima anugerah yayasan itu.

Annual Bakri juga menyatakan kesediaan Menteri Besar Kelantan itu hadir dalam majlis penyampaian anugerah tersebut, November ini.

"Insha Allah beliau akan menghadirkan diri pada majlis tersebut nanti," katanya.
Menurut sumber, anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi, di ibu pejabatnya yang terletak di Manila.

Barry Gusi dalam satu ulasannya mengenai penganugerahan itu berkata, Menteri Besar Kelantan itu merupakan tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.

Sebelum ini, anak Kelantan, Dato' Ismail Mohammad telah dianugerahkan pada 2006 menggantikan Tun Dr Mahathir yang dikatakan tidak boleh hadir untuk menerima anugerah itu pada tahun tersebut.

Hal tersebut adalah disebabkan peraturan yayasan menyatakan bahawa penerima anugerah perlu menghadirkan diri dan menerima sendiri anugerah yang disampaikan.

Untuk tahun ini, seramai 1,490 tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah tersebut.

Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi./wann _

Tiada ulasan: