HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Julai 2008

MB Selangor akan rasmikan Jambori Amal 26 Julai ini
Roy Rasul


KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan merasmikan Jambori Amal ke-8 peringkat negeri Selangor pada 26 Julai ini.

Jambori tersebut diadakan selama tiga hari bermula 25 Julai hingga 27 Julai ini dan ia akan diadakan di Pantai Kelanang Morib.

Pengarah Amal Selangor Aszmi Anuar, berkata, kira-kira 600 ahlinya akan menyertai jambori tersebut dan pendaftaran bermula pada petang 25 Julai ini.

Katanya, turut hadir pada perasmian itu nanti ialah Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali; Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Mukhyi Solehin dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus.

Katanya, jambori tersebut yang terbuka kepada orang ramai akan dipenuhi dengan pelbagai program menarik dan terbuka kepada orang ramai.

Antaranya program yang dirancang ialah gotong royong perdana, sukan dan pertandingan nasyid, katanya.

"Saya rasa tahun ini lebih meriah kerana selain gotong royong membersihkan masjid, surau dan tanah perkuburan di sekitar kawawan tersebut kami juga mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan yang disertai ahli yang hadir dan turut mengambil bahagian bersama kami ialah pasukan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuala Langat," katanya./wann _

Tiada ulasan: