HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Julai 2008

Tuduhan liar Umno, menghukum Anwar sebelum siasatan
Azamin Amin


KUALA LUMPUR -Kenyataan dan tuduhan liar yang sudah mula di keluar oleh pemimpin-pemimpin Umno berhubung kes dakwaan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantunya dilihat tidak akan membantu untuk menenangkan keadaan.

Malah rakyat tidak boleh dipersalahkan jika percaturan media dan kenyataan-kenyataan pemimpin yang menunjukkan berulangnya tuduhan yang sama pada 1998.

Demikian pandangan Teras Pengupayaan Melayu berhubung isu yang hangat diperkatakan umum dan menggesa agar isu tuduhan ke atas Anwar yang terbaru ini dikendali oleh pihak berkuasa dengan sangat teliti dan adil

"Kemarahan rakyat adalah beralasan apabila pemimpin-pemimpin kerajaan nampaknya membiarkan pemberitaan yang mula menunjukkan bahawa Anwar seolah-olah telah dihukum," kata Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid kepada Harakahdaily.

Katanya Ini termasuklah respon Perdana Menteri apabila beliau mengatakan melalui siaran TV ".. lazimnya orang yang dituduh akan menafikan tuduhan itu..Jadi memanglah Anwar akan nafi..." memberi konotasi bahawa beliau sudahpun memberi isyarat bahawa tuduhan itu beralasan tetapi dinafikan oleh Anwar sendiri.

Kenyataan sebeginilah yang membuat rakyat sangsi terhadap kerajaan yang mengatakan bahawa rakyat perlu tunggu siasatan polis, katanya.

Teras perpandangan kestabilan negara ini sangat perlu dipelihara supaya rakyat tidak terheret sekali lagi dengan politik kotor yang sangat menjijikkan malah tidak harus dialih pula kepada politik yang saling mencantas antara pemimpin-pemimpin negara.

Kemelut politik yang kini berlaku dalam tiga parti utama Barisan Nasional (BN) sudah cukup menimbulkan ketidakpercayaan rakyat kepada kepimpinan negara dan Teras berpendirian agar pihak polis yang menyiasat tidak boleh membiarkan institusi itu ditekan oleh mana-mana pihak .

"Siasatan yang telah menimbulkan syak rakyat kepada polis bahawa kes 1998 telah menjejaskan imej polis dengan sangat teruk perlu diambil iktibar," kata Azmi. _

Tiada ulasan: