Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK), meneruskan misi di tanah air dengan mengadakan tinjauan awal ke kawasan Parlimen Pensiangan yang sebelum ini diwakili oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup.
Tinjauan tersebut merupakan strategi yang dirangka Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menguasai kawasan Sabah bagi membentuk kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat.
Petang tadi lima wakil PKR bertolak ke Taiwan bagi mengadakan perbincangan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) juga bagi tujuan yang sama iaitu menubuhkan kerajaan baru pada 16 September seperti yang diperkatakan.
Naik Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainudin yang mengetuai tinjauan tersebut berkata langkah yang diambil itu ialah bagi menjalankan kajian mengenai status pengundi-pengundi di kawasan Pensiangan.
"Kita perlu jalankan kajian awal bagi mendapatkan maklum balas dari penduduk di kawasan ini sebelum kita merancang strategi menghadapi pilihan raya kecil Pensiangan nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Khairul bersama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Danny Anthony Andipai serta beberapa pemimpin PKR Sabah bersama di Pensiangan dalam rangka lawatan dua hari bermula semalam.
Isnin lalu Mahkamah Pilihan Raya Sabah memutuskan kemenangan Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu adalah batal dan tidak sah.
Tambah Khairul beliau amat bersimpati dengan nasib penduduk Pensiangan kerana hidup dalam serba kekurangan dan jauh ketinggalan.
"Saya amat terkejut apabila melihat masih ada lagi penduduk yang hidup tanpa dibekalkan dengan keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih," katanya.
Menurutnya hasil kunjungan beliau ke sana akan dilaporkan kepada PKR Pusat bagi tindakan lanjut.
"Sekembalinya saya nanti, segala maklumat yang kita perolehi akan dibentangkan dan diperhalusi mengenai langkah seterusnya.
"saya juga yakin pada pilihan raya kecil nanti pengundi-pengundi Pensiangan telah bersedia untuk memilih wakil yang boleh memperjuangkan nasib dan hak mereka," katanya.
Beliau juga percaya PKR mampu memenangi kerusi Parlimen Pensiangan dalam pilihan kecil nanti.
1 ulasan:
Kenapa Hantar AMK Pusat, tahukah mereka aspirasi,dan sensetiviti Pengundi P. 182 Pensiangan yang diangarkan 70 % beragama Kristian, Kenapa tak Percaya ,,,, dengan tinjauan PKR dan ahli BR dari Sabah, kalau silap strategi BR akan melopong apabila kalah dalam Pilihanraya Kecil nanti, utk makluman awal pengundi di sini boleh berubah sekelip mata je...apabila dihulur RM dan diugut kemudahan pendidikan anak-anak mereka di tarik balik, pembangunan yang dirancang dihentikan dan sebagainy... BN sudah pasti mengenggunakan strategi ini kelak..... jadi bersiap sedialee BA...
Catat Ulasan