HALAMAN SANTAI

Isnin, 15 September 2008

Bantah ISA, Zaid letak jawatan

Irwan Muhammad Zain


KUALA LUMPUR - Sebagai membantah penggunaan ISA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim mengumumkan peletakan jawatannya hari ini.

Portal berita MStar Online melaporkan bahawa pegawai khas Zaid telah mengesahkan perkara tersebut.

Zaid sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.

Menurut beliau, akta tersebut sepatutnya digunakan hanya kepada pengganas atau pun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan.

Zaid juga sebelum ini telah menyatakan kesanggupan beliau untuk meletak jawatan kerana memberikan pandangan yang dilihat bertentangan dengan 'dasar kerajaan' itu.

Beliau juga menegaskan bahawa tidak timbul soal apa yang dikatakan itu sebagai mencetus masalah kepada Perdana Menteri sebaliknya ia disebabkan mempertahankan prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.

Tiada ulasan: