HALAMAN SANTAI

Ahad, 14 September 2008

ISA: Rakyat yang bangkit bersuara ditindas

Harakahdaily


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno, menggunakan kuasa kuku besi untuk menindas dan membungkam rakyat Malaysia yang berani bangkit bersuara demi kebenaran dan integriti.

"Mereka teguh menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap segala penyalahgunaan kuasa, korupsi dan politik perkauman yang sering dimainkan oleh elit pemerintah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar turut mengulangi kecamannya terhadap ISA dan penggunaannya untuk menahan penulis blog serta aktivis terkenal Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen Seputeh yang juga exco kerajaan Selangor, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

"Pada 8 Mac dan kemudiannya pada 26 Ogos, rakyat Malaysia menyuarakan hasrat mereka agar terbentuknya sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu untuk memenuhi aspirasi rakyat.

"Barisan Nasional yang diketuai Umno sudah sekian lama mengabaikan tanggungjawab ini," kata Anwar yang juga penasihat PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun, tegas Anwar, mereka gagal untuk memenuhi tuntutan perubahan, malah sanggup untuk menggadaikan negara ini bagi menyelamatkan diri sendiri serta untuk mengekalkan kuasa mereka. Lapor Malaysiakini.- (tmj)_

Tiada ulasan: