HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 September 2008

Kesihatan Pak Samad makin merosot

Harakahdaily


KUALA LUMPUR - Bernama melaporkan keadaan kesihatan Tokoh Kewartawanan Negara Tan Sri Abdul Samad Ismail semakin merosot hari ini, dengan buah pinggangnya kini sangat lemah.

"Keadaannya tidak bagus langsung, walaupun mesin dialisis sudah dipasang ia tidak menunjukkan perubahan malah doktor memberitahu buah pinggang ayah sangat lemah ketika ini dan hari ini doktor akan melakukan dialisis lagi untuk melihat perkembangan seterusnya, " kata anaknya, Nuraina.

Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Pantai pada 25 Ogos lepas akibat jangkitan paru-paru.

Keadaan kesihatan beliau menunjukkan kemajuan pada peringkat awal sebelum kembali tenat sejak Sabtu lepas setelah masalah jangkitan paru-parunya merebak ke organ lain. - mks. _

BERITA TERKINI

Tokoh kewartawanan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada 5.58 petang tadi kerana jangkitan paru-paru. Jenazahnya akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya , KL dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat esok. AL FATEHAH.....

Tiada ulasan: