HALAMAN SANTAI

Rabu, 10 September 2008

Pengunjung PKL dapat Internet percuma

My Metro


KUALA LUMPUR: Pengunjung Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) di Jalan Raja berpeluang melayari Internet tanpa wayar secara percuma selama dua tahun mulai esok.

Pengurus Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Anwar Mohd Zain dalam kenyataan hari ini berkata perkhidmatan itu disediakan selaras dengan Projek Akses Jalur Lebar Perpustakaan Tanpa Wayar.

Beliau berkata orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan percuma itu pada hari Isnin dari jam 2 petang hingga 6.45 petang, Selasa hingga Jumaat dari jam 9.30 pagi hingga 6.45 petang serta pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

Perkhidmatan itu bagaimanapun ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga serta hari cuti umum, katanya.

“Pengunjung atau ahli perpustakaan yang ingin menggunakan kemudahan itu hanya perlu membawa komputer riba ke PKL,” katanya.

Tiada ulasan: