HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 September 2008

Pulau Pinang perkenal tiga langkah dekati remaja

Mohd Sabri Said


BUKIT MERTAJAM - Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang memperkenalkan tiga langkah mendekati para remaja dengan memberi mereka berbagai program yang boleh meninggalkan kesedaran dan motivasi, kata Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Ong Kok Fooi.

Menurutnya ketika berucap merasmikan Kempen Belia Anti Jenayah yang diadakan di ruang legar Summit, Bukit Mertajam semalam berkata, justeru itu satu Jawatankuasa Khas Belia Anti Jenayah terdiri daripada wakil-wakil dan pemimpin negara di bentuk segera.

"Kempen ini terbahagi kepada dua fasa. Pertamanya pembentukkan Jawatankuasa Khas Belia Anti Jenayah yang dipengerusikan oleh saya sendiri, semua program kempen akan dilaporkan kepada Kerajaan Negeri tentang keberkesanan serta langkah yang dipertingkatkan dari masa ke semasa, " tambahnya

Fasa kedua pula pelaksanaannya tertumpu pada latihan serta bimbingan yang diberikan kepada kumpulan belia tertentu untuk dilantik sebagai duta kecil kepada rakan-rakan lain atau masyarakat setempat.

Katanya, pengalaman berharga mereka itu akan dijadikan mentor kepada belia-belia lain sebagai menyebarkan nilai-nilai belia anti jenayah.

"Program berbentuk seminar iaitu Motivasi Minda akan dibentangkan bagi tujuan pengukuhan jati diri bagi menghindarkan terjebak dalam kancah jenayah, tip-tip menganjurkan aktiviti dakan kumpulan serta langkah-langkah praktikal menghadapi kegiatan jenayah dan sebagainya, " tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Berapit, Bukit Mertajam.

Langkah ketiga pula tambah Fooi, Kerajaan Negeri akan merangka program perkhemahan, kepimpinan, paintball, street dance dan kejohanan bola sepak yang akan dianjurkan pada bulan Oktober, November dan Disember depan.

Program setengah hari itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Choong Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Lalang, Michael Tan; Pegawai Hal Ehwal Awam, Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Cif Inspektor, Chong Kean Heng dan dua orang motivasi iaitu Kenny Ng serta Mohamad Solhi Haji Mohd Sharif. - mks. _

Tiada ulasan: