HALAMAN SANTAI

Isnin, 15 September 2008

Syed Hamid Pembohong Besar - Shamsul Iskandar

Suara KeADILan


KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda keADILan, Shamsul Iskandar menyifatkan Menteri Keselamatan Dalam negeri, Syed Hamid Albar adalah seorang pembohong dengan menggunakan alasan keselamatan individu bagi menahan seorang wartawan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jumaat lalu, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Chen ditahan dirumahnya dibawah akta ISA dan dibebaskan 18 jam kemudianya. Dalam sidang media, Syed Hamid memberikan alasan bahawa Tan ditahan pihak polis bagi melindungi keselamatan dirinya.

“Jika faktor keselamatan, Polis boleh digerakkan untuk mengawal keselamatan wartawan ini. Sebab itu saya kata Syed Hamid ini sebagai pembohong besar,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Menurutnya, Syed Hamid berbohong bagi menutup kesilapan yang dilakukan olehnya, oleh yang demikian beliau terpaksa mengeluarkan alasan tidak munasabah.

“Sebab itu dia cuba menutup kesilapan yang telah dilakukan dengan memberikan alasan yang tidak munasabah” tegas beliau.

Sekiranya mengenai keselamatan, Shamsul mempersoalkan untuk keselamatan siapa Tan ditahan dibawah ISA.

” Atas faktor keselamatan siapa? kerana tahanan ISA ini dilakukan oleh kerajaan atas faktor menjaga keselamatan negara, bukan sebab menjaga keselamatan individu.” soal beliau ketika dihubungi Suara KeADILan pada 14 September ini.

Beliau turut menambah bahawa Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa ISA tidak boleh digunakan untuk menahan seseorang tanpa bicara kerana ia bertentangan dengan hak asasi dan kebebasan manusia.

Tiada ulasan: