Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu lagi laporan polis mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terbabit memalsukan bukti membabitkan kejadian mata lebam pada 1998.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang tiba di Balai Polis Damansara Utama kira-kira pukul 11:30 pagi tadi bersama peguamnya yang juga Naib Presiden PKR, R. Sivarasa.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berada di balai polis berkenaan kira-kira 15 minit.
Difahamkan laporan polis tersebut dibuat kerana Anwar mendakwa masih tiada tindakan yang diambil berhubung laporan kali pertama yang dibuat pada 1 Julai tahun lalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Dalam laporannya hari ini, Anwar berkata, beliau turut menambah maklumat berhubung pembabitan Musa dan Gani dalam memalsukan laporan berhubung penahanan beliau oleh ACP Koh Hong San pada 21 September 1998.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan