HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 Februari 2009

Ini bukan kali pertama Osman 'dilarikan' - Pengundi

Azamin Amin


CHANGKAT JERING - Kejadian 'dilarikan' atau 'disembunyikan' oleh Umno bukanlah fenomena yang mengejutkan bahkan ianya insiden yang lazim berlaku ketika pra dan pasca sesebuah pilihan raya yang diadakan di negara ini. Inilah antara taktik kotor yang cuba memerangkap parti lawan supaya berpaling tadah.

Kejadian ini membuatkan suasana sesebuah tempat menjadi sedikit tegang lantaran ketidak tentuan politik yang berlaku. Akibat daripada itu dan kawalan keselamatan terpaksa diperketatkan seperti di Kediaman Menteri Besar Perak dan juga Pejabat Pas Negeri dan bebarapa Markas PAS kawasan.

Harakahdaily juga mendapat 'tempiasnya' apabila pada mulanya sukar untuk menemubual penduduk dan aktivis PAS kawasan melainkan diperkenalkan dengan kad pas media malah ada antaranya terlebih dahulu mendapat pengesahan (clerance) pihak-pihak yang tertentu dalam parti bahawa Harakahdaily yang mewawancara mereka adalah yang sah dan bukanlah satu bentuk penyamaran.

Ini natijah yang berlaku akibat kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi dari KeADILan yang dilaporkan meletak jawatan kelmarin, hilang selama enam hari.

Sementara itu seorang pengundi yang ditemui Harakahdaily di Dun Changkat Jering yang tinggal di Taman Simpang, Taiping Haji Hanif Mohammad memberitahu beliau pernah bersembang dengan Osman sebelum ini yang dikaitkan dengan pertuduhan rasuah dimana Osman mendakwa dia diperangkap.

"Secara peribadi saya lihat dia baik dan dia tak sanggup untuk menggadai maruahnya tetapi mungkin akibat desakan tekanan yang begitu tinggi dan ugutan, beliau terpaksa berbuat demikian yang mungundang marah penduduk.

"Ini bukan kejadian pertama. Sejak 8 Mac, dia telah 'dilarikan' oleh pihak tertentu banyak kali dan dia juga ada beritahu khuatir dengan pelbagai ancaman. Dia sendiri pernah jelaskan kepada pengundi di sini di masjid dan di ceramah bahawa beliau tak akan melakukan rasuah atau berpaling tadah," katanya.

Ini juga terjadi kepada Pesuruhjaya PAS Perak ustaz Ahmad Awang yang cuba beberapa kali dilarikan dan dikepong oleh pihak tertentu ketika dalam proses menubuhkan kerajaan Pakatan di Perak namun atas kepantasan dan kecekapan Unit Amal PAS, kejadian buruk itu tidak berlaku, katanya merujuk satu insiden di Ipoh dan Changkat Jering tahun lalu.

Hanif tidak menolak kemungkinan usaha menculik dua Adun ini telah dirancang lebih lama dan diperkuatkan lagi dengan lantikan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi BN Negeri dengan 'didokong' oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zahid Hamidi.- azm _

Tiada ulasan: