HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Februari 2009

Jalan Raja Nazrin Shah ditutup elak perhimpunan

MALAYSIA KINI


Jalan Raja Nazrin Shah - dari bulatan di hadapan kediaman Menteri Besar hingga ke jejantas persimpangan Medan Gopeng di Ipoh - ditutup kepada lalulintas sehingga 7 malam ini.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata, laluan itu ditutup bagi mengelak kemungkinan ada pihak mengadakan perhimpunan yang boleh mengganggu ketententeraman awam.

Katanya, orang ramai boleh menggunakan jalan-jalan alternatif yang telah dilencongkan untuk ke pusat bandar, lapor Bernama.

Zulkefli berkata anggota trafik ditempatkan di jalan-jalan tersebut untuk memastikan pengguna mematuhi arahan bagi melicinkan perjalanan.

Tiada ulasan: