Intan Abdullah
IPOH - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dikatakan membalas dendam terhadap kerajaan Pakatan Rakyat selepas kekalahan BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Abdul Rahim Mat Arif, berkata Najib bertindak demikian kerana berada dalam keadaan terdesak hingga terpaksa mengambil tindakan drastik yang melanggar perlembagaan.
Malah, tambah beliau lagi, mereka (BN) tidak bersedia menghadapi pilihan raya disebabkan 'mood' rakyat yang menginginkan perubahan.
"Kalau dia (BN) berani, serah semula mandat kepada rakyat untuk pilih semula pemimpin negeri itu mengikut kehendak mereka," tegas beliau ketika ditemui di kediaman rasmi MB, sebentar tadi.
Pada masa sama, kata Abdul Rahim, Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik menjadikan ini sebagai 'buah tangan' yang bakal dihidangkan ketika Perhimpunan Agong Umno, Mac ini.
Beliau turut menyifatkan situasi yang berlaku ini sebagai 'coupdetat' yang bermaksud rampasan kuasa yang diamalkan di negara Afrika._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan