HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Mac 2009

Banglow mewah 10 bilik RM27 juta milik siapa?

SUARA KEADILAN


SHAH ALAM : Banglow yang dikatakan lebih hebat daripada Mahligai arwah Zakaria Mat Derus yang terletak di Jalan Suasa, Seksyen 7, Shah Alam ini masih dalam pembinaan walaupun negara kita mengalami krisis kewangan.

Kalau nak tahu, mungkin cebisan bajet mini telah terlebih dahulu sampai ke tangan pemilik banglow ini yang dikatakan bahawa tuan empunya hanyalah seorang pegawai Kerajaan Negeri semasa pentadbiran Barisan Nasional di Selangor.

Harganya dikatakan sebanyak RM27 juta, betapa besar dan mewahnya kediaman kepunyaan khabarnya seorang ahli politik Umno yang dulunya bos besar di Selangor namun sejak kerajaan Umno-BN tumbang jadilah ia wakil rakyat biasa.

Yang peliknya, beliau masih boleh meneruskan kerja-kerja menyapkan pembinaan banglow tersebut.

Begitulah kisahnya sebuah rumah yang boleh dikategorikan sebagai mahligai atau lebih sesuai istana yang terletak sergam indah di Shah Alam, ibu negeri Selangor.

Tidaklah pula diketahui pencen ahli politik sebegitu besar sampai mampu membiayai pembinaan rumah yang sebegitu mahal dan canggih, sebab dengar-dengar rumahnya “fully eletronic”.

Tapi setakat maklumat yang dipaparkan dalam laman web kerajaan negeri Pakatan Rakyat selangor, gaji paling tinggi ahli politik Selangor pun ialah gaji Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Khalid Ibrahim sekitar RM47 ribu sebulan campur elaun.

Penulis sebuah blog mendakwa, tempat letak kereta pun dikatakan boleh muat 30 ke 50 buah kenderaan dan rumah pula dikelilingi tembok yang besar seperti Tembok Besar China.

Tiada ulasan: