HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Mac 2009

Umno disaran bubar Lembaga Disiplin

Oleh ZANARIAH ABDUL MUTALIB


KUALA LUMPUR: Kepimpinan baru Umno diminta meminda perlembagaan parti untuk membubarkan Lembaga Disiplin yang didakwa mencetuskan suasana tidak kondusif di kalangan ahli parti.

"Bubarkan (Lembaga Disiplin) dan lantik anggota yang baru," kata Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir dari Bahagian Mertajam, Pulau Pinang.

Kata beliau, tindakan lembaga itu dalam urusan siasatan politik wang telah menyebabkan suasana berkelahi di kalangan ahli Umno.

"Lembaga Disiplin buat keputusan ini didakwa... ini didakwa, ini tidak didakwa menyebabkan kita (orang Umno)berkelahi," kata beliau ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden hari.

"Saya minta Presiden Umno baru pinda perlembagaan... bubarkan Lembaga Disiplin," katanya.

Dua minggu lalu, Lembaga Disiplin menjadi tumpuan banyak pihak dalam dan luar Umno sejak ia mengambil tindakan ke atas 15 orang termasuk Ketua Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Ali dilarang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Tiada ulasan: