HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Mac 2009

Khairy tidak risau jika tiada jawatan Kabinet

Oleh G. MANIMARAN


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak mengharapkan, malah tidak risau jika tiada jawatan diberikan kepadanya dalam Kabinet bakal dibentuk Perdana Menteri baru.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, buat masa ini tumpuannya memfokus untuk memenangi tiga pilihan raya kecil yang bermula esok.

"Saya tiada hasrat sedemikian, fikiran saya sekarang ialah menang dalam tiga pilihan raya kecil," kata beliau ketika ditemui di PWTC semalam.

Ia merupakan antara soalan yang ditujukan kepada Khairy yang menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Pelajaran sebagai Ketua Pemuda Umno semalam.

Soalan yang sama juga diajukan kepada Khairy selepas beliau mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Pemuda malam tadi.

"Saya telah berulang kali ditanya soalan ini... saya ingin jelaskan pelantikan anggota pentadbiran dan jemaah menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri bukan hak mana-mana pihak untuk minta termasuk Pemuda. Pemuda tidak minta," katanya.

Kata Khairy, beliau tidak risau kalau tidak ada apa-apa jawatan dalam Kabinet.

Tahun lalu beliau ada mengutarakan idea agar Pemuda diberikan jawatan dalam Kabinet bagi membolehkan Pemuda berfungsi dengan berkesan.

Lima menteri, seorang timbalan dan empat menteri besar tewas dalam pemilihan pusat kali ini.

Salah seorang daripada mereka, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menawarkan diri letak jawatan minggu depan.

Tiada ulasan: