Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
ANAK kepada Timbalan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil iaitu Wan Izran Salleh, 25, dan Wan Izzana Salleh, 22, sanggup 'turun padang' dan melupakan karier masing-masing buat seketika untuk memberikan sokongan kepada ibu mereka.
Izran dan Izzana sempat berbual dan beramah mesra dengan beberapa orang ahli Wanita Umno di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
“Saya nak beri sokongan kepada mama dan kami anak-beranak semua akan selalu beri sokongan.
“Insya-Allah, semuanya terpulang kepada takdir dan di tangan Allah. Tengoklah, harap-harap semua usaha keras mama akan dibalas.
Berkongsi tentang kemeriahan yang dilalui ketika berada di dalam Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tadi, Izzana berkata tahun ini merupakan tahun pertama dia bergerak bebas untuk menyokong ibunya berbanding Perhimpunan Agung Umno sebelum ini.
“Semua orang ada ‘excitement at the air’ di mana Pemuda meriah dengan sorakannya dan Puteri ada cara mereka tersendiri manakala kaum ibu pula datang dengan pakaian berwarna merah.
“Ramai juga yang datang bukan sahaja orang biasa malah termasuk peniaga dan orang politik.
Pemilihan Agung Umno yang sebelum ini, Izzana datang sebagai wakil Kelab Umno California.
“Waktu itu, pengalaman yang saya lalui memang berlainan kerana saya perlu terlibat dengan program kepimpinan dan seronok juga apabila dapat berjumpa dengan semua pemimpin serta bertanya tentang pengalaman mereka di luar negara. Memang pengalaman yang sangat berbeza seperti hari ini,” ulasnya.
Dalam pada itu, Izran juga sempat meluahkan pendapat yang mendorongnya untuk hadir ke Perhimpunan Agung Umno kali ini.
"Proses demokrasi Malaysia sebenarnya terletak semasa pemilihan agung Umno.
"Sebagai seorang warganegara Malaysia, walaupun tidak terlibat dalam pertandingan tetapi sekurang-kurangnya saya boleh bertindak selaku saksi.
“Umno berada dalam satu situasi yang berpotensi besar untuk membawa banyak pembaharuan oleh Umno dan Malaysia.
“Bukan sahaja saya dapat melihat pertukaran Presiden Umno dan Perdana Menteri tetapi juga melihat perubahan dari segi struktur Umno seperti yang diucapkan oleh Timbalan Perdana Menteri semalam dan perubahan haluan Umno selepas ini,” ujarnya yang sempat memantau persidangan Umno berlangsung pada pagi tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan