HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Mac 2009

Perhimpunan haram: 31 dipercayai penyokong PKR ditahan polis Kedah

MSTAR ONLINE


ALOR SETAR: Seramai 31 individu, dipercayai penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di hadapan padang awam Taman Ria Jaya, di Sungai Petani malam tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 29 lelaki serta dua wanita dan telah dibebaskan selepas proses mengambil keterangan selesai pagi tadi.

"Mereka ditahan kerana tidak mengikut arahan pihak berkuasa yang menyuruh supaya bersurai daripada perhimpunan haram tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 8 malam tadi, polis terpaksa menggunakan "water canon" (semburan air) dan bertindak melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan lebih 5,000 orang yang menyertai perhimpunan haram anjuran PKR itu.

Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memberikan ceramah, namun beliau dilihat beredar dengan sebuah kenderaan selepas keadaan menjadi huru-hara.

Sementara itu, Syed Ismail turut memberi peringatan kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan supaya memohon permit terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Malam tadi, polis terpaksa menggunakan "water canon" (semburan air) untuk menyuraikan lebih 5,000 orang yang menyertai perhimpunan haram tersebut.

Dalam perhimpunan yang bermula kirakira pukul 8 malam itu, polis turut menahan beberapa orang termasuk penyokong PKR bagi membantu siasatan.

Kedegilan mereka untuk bersurai walaupun diarah beberapa kali menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata beberapa kali.

Beberapa penyokong parti pembangkang itu kemudiannya mula bertindak ganas dan membaling batu ke arah polis.

Mereka akhirnya terpaksa bersurai pada kirakira pukul 1 pagi apabila polis menyembur air dengan menggunakan "water canon".

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata polis tidak mempunyai pilihan dan terpaksa bertindak tegas terhadap kumpulan terbabit.

"Kita tidak boleh membenarkan mereka berhimpun beramairamai secara haram atas faktor keselamatan dan lagipun majlis ceramah yang diadakan itu tidak mendapat permit polis," katanya.

Tiada ulasan: