HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Mac 2009

Reform Umno seolah untuk halalkan politik wang, dakwa Mahfuz

Wan Nordin Wan Yaacob


SEREMBAN - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar mendakwa 'reform' yang kononya mahu dilakukan dalam Umno hanya dilihat untuk menghalalkan amalan politik wang.

Hal ini dapat dilihat dengan pemilihan kepimpinan sayap-sayap Umno semalam yang memperlihatkan kelompok yang dituduh melakukan rasuah dipilih menjadi pemimpin sayap, katanya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda Umno yang sebelum ini diberi amaran oleh Lembaga Disiplin Umno kerana dakwaan rasuah.

"Pelik bagaimana Khairy yang diberi amaran boleh menang,maknanya semacam ada kelebihan apabila beliau dikaitkan dengan rasuah sebelum ini apabila perwakilan memilih beliau," katanya kepada Harakah sebentar tadi.

Apatah lagi katanya kelihatan perwakilan pula menyambut kemenangan Khairy dengan bangga, sekaligus membawa makna mereka bangga dengan imej yang memnbayangi Ketua Pemuda Umno itu.

"Jika di luar negara calon yang dikaitkan dengan rasuah pastinya jatuh dan tidak dapat bertanding, tetapi di Malaysia ia sebaliknya calon sedemikian menang dan bangga dengan kemenangannya," katanya sinis.

Di peringkat lain pula termasuk Wanita Umno, dakwaan rasuah tetap membayangi pergerakan ini memandangkan Tun Mahathir Mohamadada menyatakan siapa sahaja yang terpilih selaku Ketua Wanita,semuanya tidak lari dari dakwaan ini, katanya.

Justeru beliau menyimpulkan bahawa dengan kemenangan beberapa muka yang dikaitkan dengan rasuah, akhirnya janji 'reform' yang ingin dilakukan Umno akan hanya memberi persepsi bahawa mereka 'menghalalkan' amalan tersebut.

"Generasi mudayang mewarisi kepimpinan mereka adalahj kalangan yang ada kaitan dengan amalan yang sebati dengan Umno," ujarnya.

Sementara itu beliau turut mencadangkan Naib Ketua Pemuda Umno,Razali Ibrahim yang menang semalam membuat laporan kepada Lembaga Disiplin agar membatalkan kemenangan Khairy.

Ini kerana katanya sebelum pemilihan lagi Khairy telah dikaitkan dengan rasuah, dan tindakan hanya mengenakan amaran sahaja tidak cukup untuk menghukum mereka yang dikaitkan dengan rasuah.

"Jika kakitangan kerajaan yang dikaitkan rasuah pastinya akan dikenakan tindakan dan bukannya amaran, tetapi Umno kebal dalamhal ini dan akhirnya yang dikaitkan dengan rasuah pun boleh menang," katanya.

"Biarlah Razali yang memangku Ketua Pemuda kerana beliau tidak pun dikaitkan dengan hal ini," katanya.

Sementara itu Dato' Mukriz Mahathir yang kalah dalam pemilihan Ketua Pemuda di tangan Khairy semalam menyatakamn ramai dikalangan ahliakar umno menyatakan kekecewaan di atasd kekalahan beliau.

Beliau sendiri bimbang dengan persepsi yang akan berlegar di kalangan rakyat akan apa yang sedanhg terpalit dengan Umno hari ini.

"Ada yang kecewa sebab saya kalah, ada yang sms kecewa, ada yang menangis, kecewa dan macam-macam, itulah perasaan dan kehendak ahli yang diakar umbi yang sebenarnya mewakili masyarakat setempat," katanya dalam satu rancangan Analisis Awani di Astro Awani sebentar tadi.

Sementara itu seorang Pemuda Umno yang juga penyokong Mukriz menyatakan rasa kecewanya kepada penulis pagi tadi dengan kekalahan anak bekas Presiden Umno itu.

Beliau yang juga salah seorang pemuda Umno di Perak merasakan ada yang tak kena dengan kemenangan yang dicapai Khairy memandangkan ketika pencalonan, Khairy sukar melepasi kelayakan.

"Sayua kecewa dengan kepimpinan pemuda yang dipilih yang tak mewakili hasrat sebenar akar umbi Umno," katanya. _

Tiada ulasan: