HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Mac 2009

Usul tergempar penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan di Parlimen esok

Irwan Muhammad Zain


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayob telah mengusulkan penangguhan mesyuarat di bawah peraturan mesyuarat perkara 18 (1) dan (2) bagi membolehkan dewan rakyat membahas isu penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.

Usul tersebut telah dikemukan kepada Speaker dewan pada 23 Mac sebaik saja Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan notis menggantung penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuat kuasa serta merta.

"Insya-Allah usul tersebut akan dibahaskan esok dan saya harap speaker dewan rakyat akan menerima usul tersebut," tegas salahuddin kepada Harakah di lobi parlimen pagi tadi.

KDN telah mengeluarkan arahan mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuat kuasa serta merta. - mns_

Tiada ulasan: