HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Mac 2009

Pemuda UMNO tidak mampu gugat pembangkang

SINAR HARIAN


SHAH ALAM - Pemilihan Exco Pemuda UMNO yang diketuai menatu perdana Menteri, Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan UMNO kelmarin tidak mampu menggugat pembangkang.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kebanyakan Exco yang dilantik itu adalah 'orang yang sama cuma dinaikkan pangkat sahaja'.

“Kenaikan mereka adalah berlandaskan rasuah dan masih mengamalkan budaya, imej dan amalan yang sama malah, ianya tidak sama sekali akan menjejaskan kami (Pas).

“Pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO misalnya, tidak akan memberi perubahan kepada UMNO malah, akan menjadikannya bertambah buruk kerana beliau sendiri mengamalkan politik wang,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Khairy telah dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin baru-baru ini, tetapi beliau masih dilantik dan UMNO seolah-olah berbangga dengan pelantikan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO serta tidak menghiraukan mengenai kesalahan yang telah dilakukan oleh beliau.

“Bahkan pelantikan Khairy akan memecahbelahkan UMNO kerana kita sendiri dapat lihat berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Khairy, Datuk Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

“Ini telah menunjukkan bahawa dalam parti sendiri telah berlaku perpecahan,” katanya.

Tiada ulasan: