HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Mac 2009

Panglima Bukit Gantang Membawa Rakyat Perak Keluar UMNO Beramai-ramai

buletinonline.net


Kuala Terengganu - Datuk Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz menurut sejarah yang tercatat pernah membawa rakyat Perak keluar UMNO beramai-ramai dan menyokong parti lain.

Beliau merupakan bekas Menteri Besar Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957, dlahirkan pada 1905 di Perak.

Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan kemudia dibiayai bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Inner Temple .

Antara rakan-rakan sepengajian beliau adalah bersama dengan Tunku Abdul Rahman, Raja Muda Raja Haji Bot dari Selangor, Nik Ahmad Kamil dari Kelantan, Abdul Hamid Mustafa dan Syed Syeikh Barakbah dari Kedah.

Beliau dari keturunan bangsawan Perak (Pembesar Empat Perak) dan merupakan anak pembesar Melayu yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England.

Haji Abdul Wahab ternyata cerdas kerana sentiasa lulus dalam peperiksaan undang-undang.

Sebagai ganjaran, Haji Abdul Wahab diberi beberapa pas (kebenaran) untuk membawa beberapa rakan pelajar ke mahkamah untuk mendengar perbicaraan penuh di mahkamah England.

Ketika Sultan Ibrahim dari Johor melawat pelajar-pelajar Melayu di England, Haji Abdul Wahab gagal memberi ucapan dalam bahasa Melayu.

Tindakan beliau berucap dalam bahasa Inggeris dikatakan tidak disenangi oleh Tunku Abdul Rahman.

Pada 1928 Haji Abdul Wahab telah menjadi Presiden Persatuan Anak-Anak Melayu Great Britain.

Kemudian, setelah pulang ke tanahair, Haji Abd Wahab telah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Perak.

Pada ketika itu, parti-parti politik ditubuhkan kebanyakkannya bercorak kenegerian dan seseorang individu tidak dihadkan untuk menyertai mana-mana parti atau kadang-kadang menjadi ahli kepada dua parti.

Haji Abdul Wahab adalah pengasas kepada Parti Kebangsaan Perak (Perak National Party).

Kemudian pada Mac 1953 Dato' Panglima Bukit Gantang juga menyertai UMNO dan dilantik sebagai Pengerusi UMNO Perak.

Walaupun beliau masih Pengerusi UMNO, beliau telah mengusahakan penubuhan sebuah parti politik yang lain di luar kekuasan UMNO.

Apabila terdapat krisis politik antara Dato’ Onn Jaafar dengan UMNO, Haji Abdul Wahab menyokong Parti Kemerdekaan (Indepndence of Malaya Party/ IMP).

Pada April 1953 beliau telah dipecat dari UMNO tetapi cawangan-cawangan UMNO Perak telah menyokong Haji Abd Wahab dengan majoriti undi percaya 37 berbanding 15.

Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman memberi amaran kepada cawangan-cawangan UMNO di Perak bahawa mereka akan dipecat jika terus-terusan mengakui Dato' Panglima Bukit Gantang sebagai pengerusi UMNO Perak.

Akhirnya sebahagian besar UMNO Perak keluar menyertai Dato' Panglima Bukit Gantang menubuhkan Parti Kebangsaan Perak yang menjadi teman politik Dato' Onn dan Parti Kemerdekaan Malaya - Wikipedia

Tiada ulasan: