HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Mac 2009

Mampukah Khairy selesaikan masalah politik wang dalam Umno?

Irwan Muhammad Zain


KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menegaskan kemenangan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru tidak memberi jaminan masalah politik wang dalam parti itu dapat diselesaikan.

Khairy, tegas Salahuddin berhadapan dengan tugas berat untuk membersihkan gejala tersebut memandang beliau sendiri dikaitkan dengan masalah tersebut oleh Lembaga Displin Umno.

"Perwakilan Umno sendiri menyatakan dengan jelas bahawa masalah politik wang begitu serius dalam Umno dan ini merupakan tugas berat bagi Khairy kerana beliau sendiri dikaitkan dengan masalah tersebut.

"Namun saya berharap Khairy akan mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah politik wang dalam Umno" tegas beliau.

Beliau juga menjelaskan tidak bermaksud mahu mencampuri urusan dalam Umno tetapi sebagai sebuah parti utama yang menjadi tonggak kerajaan yang ada, masalah politik wang itu perlu dihapuskan kerana pemimpin yang dipilih merupakan mereka yang akan mengetuai kerajaan.

Dalam pada itu Salahuddin mengucapkan tahniah kepada Khairy atas kemenangan tersebut.

"Sebagai rakan sejawat, saya mengucapkan tahniah kepada Khairy atas kemenangan yang diperolehinya," tegas Salahuddin.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipilih mengetuai Pergerakan Pemuda Umno setelah memperolehi 304 undi manakala Dato' Seri Khir Toyo dan Dato' Mukhriz Mahathir masing-masing memperolehi 254 dan 232 undi. /wannordin _

Tiada ulasan: