MALAYSIA KINI
Datuk Seri Azalina Othman Said tidak akan melepaskan jawatannya sebagai menteri pelancongan walaupun tewas dalam persaingan mengekalkan jawatannya dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Tambahnya, kedudukannya dalam kabinet akan ditentukan oleh perdana menteri baru Datuk Najib Razak yang dijangka mengangkat sumpah minggu depan.
Kelmarin, Datuk Shahrir Samad yang juga gagal dalam pertandingan anggota MT, menyatakan hasratnya melepaskan jawatan menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna pada Rabu ini.
Azalina berada satu kedudukan di belakang Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang berada di tangga terbawah dalam persaingan mengisi 25 kerusi MT.
Bekas ketua Puteri Umno itu dan bekas ketua biro Putera Umno berbeza 65 undi.
Selain itu, Azalina juga berdepan dengan siasatan rasuah di kementeriannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - tanggapan negatif yang dipercayai memberi kesan dalam pemilihan Umno, Khamis lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan