SINAR HARIAN
DAMANSARA - Awas sekiranya anda didatangi seorang lelaki yang berperwatakan lembut dan berlagak anak orang kaya serta mengaku sebagai anak seorang Tan Sri.
Lelaki berusia 20-an yang bijak berkata-kata yang turut mengaku bekerja sebagai doktor di wad Ortopedik sebuah hospital kerajaan gemar menjadikan suri rumah yang sudah berumur sebagai sasaran untuk menjalankan kerja-kerja penipuan.
Dalam kejadian di Apartmen Flora Damansara kelmarin, dua suri rumah yang sedang mencari pekerjaan diperdaya lelaki berkenaan apabila mangsa bertindak menyerahkan segala barangan kemas setelah termakan kata-kata manis lelaki tersebut.
Marothiah Mohamad Itam, 58, mendakwa mengalami kerugian lebih RM5,000 apabila telefon bimbit, rantai berlian, subang dan rantai mutiaranya dikebas suspek.
Manakala rakannya, Ainon Salam, 31, kerugian sebuah telefon bimbit, wang tunai RM70 bersama empat kad banknya turut disapu.
Menurut Marothiah, dia mengenali lelaki itu melalui seorang jirannya kerana sebelum ini suspek mencari mereka yang sanggup bekerja sebagai pembantu rumah harian dengan bayaran RM 70 sejam dengan syarat calon itu mestilah sudah berusia.
“Saya terus menghubungi lelaki tersebut yang dikenali sebagai ‘Doktor Hakimi’,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, selama tiga hari berturut-turut suspek gagal dihubungi namun kelmarin, namun akhirnya dia berjaya menghubungi ‘doktor’ itu yang kemudiannya mengaku dia anak ketiga kepada seorang Menteri Kabinet .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan