HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Mac 2009

Pak Lah: Jangan buat cerita jatuhkan pemimpin

Oeh ARIFUDDIN ISHAK dan ZANARIAH ABD. MUTALIB


KUALA LUMPUR:Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam amanatnya pada sesi pramajlis sempena Perhimpunan Agung Umno sebentar tadi, difahamkan telah meminta perwakilan parti itu jangan "membiarkan pemimpin tidak baik" dipilih menjadi pemimpin.

mStar Online difahamkan, Abdullah dalam ucapannya itu, yang terakhir selaku Presiden Umno turut telah meminta ahli-ahli Umno tidak melakukan apa jua tindakan untuk menjatuhkan pemimpin.

Beberapa perwakilan yang ditemui berkata Perdana Menteri telah menyampaikan mesej supaya "jangan buat cerita" untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin.

Dalam pada itu ketika bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas majlis tersebut, Abdullah yang tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno memberitahu, beliau tidak mahu "ada apa-apa gangguan ketika pemilihan parti."

Beliau juga meminta para perwakilan bahawa perhimpunan kali ini amat penting kerana melibatkan pemilihan kepimpinan parti.

"Kepimpinan yang dipilih itu bukan sekadar untuk ahli parti sahaja yang suka atau yakin tetapi kita ada peranan besar dalam kepimpinan kerajaan," katanya.

Malah, Abdullah yang memimpin Umno sejak Oktober 2003 berkata, beliau tidak sedih untuk memberi amanat Presiden Umno buat kali terakhir Khamis ini.

Pemilihan ketiga-tiga sayap akan berlangsung esok manakala peringkat pusat membabitkan Majlis Tertinggi pada Khamis ini.

Ucapan-ucapan beliau berlarutan hampir sejam.

Tiada ulasan: