HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Mei 2009

MB Nizar Telah Mengadap Raja Muda Perak

Addin 77


YAB Menteri Besar Perak yang sah iaitu Dato' Seri Hj Muhammad Nizar Jamaluddin mengesahkan dan dia diperkenan mengadap Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah tengahari tadi di Istana Iskandariyah selepas selesai Majlis Anugerah Pingat dan Bintang. Demikian dinyatakan oleh Hj Nizar dalam taklimat ringkasnya di Mesyuarat Perhubungan PAS Perak tadi.

Dalam kesempatan yang singkat itu, digunakan oleh MB Nizar bagi memohon ampun bagi pihak Pakatan Rakyat dan rakyat Perak sepanjang 3 bulan sebelum ini sekiranya apa-apa yang berlaku telah melukakan hati Tuanku. Beliau yang juga bagi pihak Pakatan Rakyat mengucapkan takziah di atas kemangkatan kekanda Tuanku Sultan Azlan Shah yang juga bapa saudara Raja Nazrin.

Di kesempatan itu juga MB Nizar berterus terang dengan memberi pandangan-pandangan terhadap krisis politik di Perak mutakhir ini. Mb Nizar merayu supaya Tuanku memberi hak kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan di negeri Perak. Krisis ini akan berakhir melalui pembubaran DUN sahaja.

Pakatan Rakyat akan menghormati pendirian dan keputusan rakyat yang samada memilih Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional sekiranya pilihanraya diadakan. MB NIzar juga memberi pandangan supaya tidak diadakan sidang DUN dalam tempoh terdekat selagi krisis politik ini belum berakhir. MB Nizar memberi gambaran insiden sidang DUN 7 Mei yang lalu dikhuatiri akan berulang semula sekiranya sidang DUN diadakan juga. Sekiranya ini berlaku ia akan memalukan imej Tuanku dan negeri Perak keseluruhannya.

Pertemuan singkat antara MB Nizar dengan DYTM Raja Nazrin merupakan pertemuan yang cukup bermakna dan ia diharapkan menjadi titik tolak penyelesaian krisis yang berlanjutan hingga 3 bulan. 'Signal' rakyat yang mahukan DUN dibubarkan telah disampaikan oleh MB Nizar dan sekarang semuanya terserah kepada Tuanku.

Diharapkan rakyat terus menerus mengadakan solat Hajat dan bermunajat kepada Allah SWT mudah-mudahan dilembutkan hati Tuanku bagi memperkenan DUN Perak dibubarkan. Sementara itu, ada sumber menyatakan pertemuan itu juga telah sertai oleh Dato' Anuar Zaini dan Dato' Temenggong.

Tiada ulasan: