Azamin Amin
KUALA LUMPUR - Penahanan Jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat oleh sepasukan polis malam tadi dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dianggap sebagai bertentangan dengan hak beliau sebagai warganegara Malaysia dan amalan Demokrasi di negara ini.
Menurut Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata penahanan ini jelas memperlihatkan wajah sebenar pentadbiran baru pimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yang baru berusia satu bulan ini.
Katanya beliau difahamkan bahawa Wong ditahan kerana mengadakan satu persidangan media menyeru orang awam untuk memakai pakaian hitam pada 7hb Mei 2009 sebagai satu tanda protes terhadap rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di Perak
"Seruan Wong agar orang ramai mengambil pendekatan memakai pakaian hitam sebagai satu tanda protes merupakan pendekatan yang tidak bersalahan dengan hak beliau sebagai warganegara Malaysia dan amalan Demokrasi.
"Saya menyeru agar segala tuduhan di bawah Akta Hasutan terhadap Wong Chin Huat digugurkan dan beliau dibebaskan serta merta," kata Anwar kesal dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Dilaporkan Wong ditahan di rumahnya di Taman Sri Sentosa di Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan selepas satu laporan polis dibuat terhadap aktivis tersebut.
Wong ditahan di Ibu Pejabat Jabatan Jenayah Perdagangan Bukit Perdana dan komputer ribanya dirampas kata peguam Edmund Bonsebelum ini.
Dalam sidang media Bersih semalam Wong menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk 'berkabun'g pada 7 Mei nanti (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tanda "1Malaysia GELITA, Demokrasi Diutamakan, Adakan Pilihan Raya Sekarang".
Kempen tersebut dan pemilihan warna hitam dibuat sebagai protes terhadap rampasan kuasa yang dirancangkan oleh Barisan Nasional (BN) di Perak. - azm _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan