HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Julai 2009

Belia digesa jangan terpedaya dengan pimpinan Najib

Nyza Ayob


KUALA LUMPUR - Sekiranya benar bahawa golongan belia menyatakan sokongan padu terhadap kewibawaan Perdana Menteri, Dato'Seri Najib Tun Razak, golongan ini juga seharusnya mendesak agar penubuhan Suruhanjaya DiRaja adalah untuk menyiasat kes kematian misteri Teoh Bang Hock.

Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar berkata demikian sewaktu mengulas mengenai hasil tinjauan Yayasan Kerjasama Malaysia bahawa 64 peratus golongan belia berpendidikan tinggi di Malaysia menyakini kepimpinan, keupayaan dan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.

Jelas Fidaus, golongan belia tidak seharusnya terpedaya dengan tawaran Barisan Nasional sehingga melupakan segala 'jenayah politik' yang telah dilakukan oleh parti itu.

"Golongan belia yang akan memimpin negara tidak seharusnya mengabaikan isu seperti kronisma serta jenayah politik yang dilakukan oleh pemimpin negara. Tidak sepatutnya apabila mereka mendapat sogokan atau umpan dengan melupakan segala bentuk ancaman serta politik di negara ini.

"Kita tidak mahu golongan belia yang mendabik dada seterusnya menyatakan Najib adalah yang terbaik sedangkan banyak kegagalan yang tidak dapat dilaksanakan dalam memajukan golongan belia termasuk fungsi Kementerian Belia dan Sukan itu sendiri,"katanya.

Tambahnya lagi, kebangkitan sebahagian golongan belia hari ini dalam menegakkan keadilan seperti dalam Himpunan Bersih serta Himpunan Mansuhkan PPSMI membuktikan mereka semakin matang dalam menilai apa yang dilakukan kepimpinan negara.

Justeru katanya, golongan belia sekali lagi harus menyatakan pendirian mereka membantah kezaliman yang dilakukan kerajaan dengan menyertai perhimpunan Mansuh pada 1 Ogos nanti. - mks. _

Tiada ulasan: