HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Julai 2009

Cadangan Ekonomi Untuk Pakatan Rakyat

pemudasarawak


1. Setiap negeri PR mempunyai unit atau agensi menarik pelburan masing2 ke setiap negeri..contohnya Penang dengan Invest Penang, Kedah dengan Kedah Invest dan Selangor dengan Selangor Investment Center. Kenapa tidak digabungkan agensi2 ini ataupun diwujudkan agensi pusat seperti mana konsep MIDA di bawah pengawasan dan kawal selia PR Pusat..dengan cara ini aktiviti menarik pelaburan boleh diselaraskan dan difokuskan.

2.PR Pusat patut berbincang bagaimana untuk meningkat pendapatan negeri2 PR..apakah cara untuk menganti cukai yang sepatutnya dipulangkan kepada kerajaan negeri tetapi 100% pendapatan dikutip oleh Pusat..umpamanya cadangan TSKI untuk mengutip zakat dari kaum bukan bumpitera adalah salah satu idea yang baik..adakah mustahil untuk dipraktikan sama di negeri PR yang lain?

3.Satu agensi mirip Khazanah Nasional patut ditubuhkan dibawah kawal selia PR Pusat untuk menyediakan modal2 pelaburan kepada negeri PR..negeri PR yang lebih kaya contohnya Selangor dan Penang boleh menyumbang kepada agensi ini untuk membantu negeri PR yang lebih miskin contohnya Kelantan dan Kedah..umpamanya jika Kerajaan Negeri Kelantan memerlukan sedikit dana untuk membina jambatan Raja Petra di KB..mereka boleh dapatkan dari agensi ini..dana2 bagi agensi ini boleh juga disumbangkan oleh pelabur2 asing seperti dari Timur Tengah ataupun China melalui perundingan bersama oleh DSAI dan AJK Majlis Ekonomi Pusat PR..

Di sini saya cadangkan DSAI boleh mengajak Ku Li untuk membantu..tidak mengapa jika Ku Li tidak menyertai PKR..asalkan jika niat beliau iklas untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat2 negeri PR..jika khidmat dan idea beliau tidak diperlukan oleh Najib,,kenapa PR tidak mengambil inisiatif ini..gabungan DSAI dan Ku Li dalam Majlis Ekonomi Pusat PR mungkin boleh menghasilkan sesuatu yang amat baik bagi ekonomi negeri2 PR..

4.Kerajaan negeri2 PR patut memikirkan bagaimana untuk melibatkan rakyatnya secara langsung atau tidak langsung dalam ekonomi negeri..sebagai contoh..adakah mustahil untuk mewujudkan satu tabungan dimana rakyat boleh menyumbangkan dana..dan apabila mendapat untung..rakyat akan dibayar dividen atau bonus..

5.Dengan kata lain..apabila PR memerintah..rakyat akan merasa kelainan yang amat ketara jika dibandingkan dengan BN dimana kekayaan dan pendapatan negeri dikongi bersama rakyat..idea DAP utk membayar setiap rakyat sebanyak RM6 ribu setiap tahun mungkin boleh diolah di negeri2 PR..

6.Dengan kata lain PR Pusat sepatutnya bertindak dan bersikap seperti Kerajaan Pusat bagi negeri2 PR dengan DSAI dilantik sebagai PM dengan persetujuan kompenan parti PR..ini juga sebagai latihan bagi PR jika berhajat mengambil alih kerajaan Pusat pada PRU13 nanti..

Usahlah kita menunggu peruntukan dari kerajaan UMNO-BN yang tidak akan datang itu..dan tidak berusaha berfikir out of box!!saya percaya ramai rakyat Malaysia di luar sana yang ingin membantu PR tanpa mengharapkan sebarang pulangan wang dalam hal2 sebegini samaada di dalam negara atau luar Malaysia!!

Harap PR Pusat lebih agresif, proaktif dan inovatif berkaitan dengan pengurusan ekonomi negeri2 PR!!

Terima Kasih

Amizudin Ahmat
Ahli PKR Cabang Nibong Tebal
aka ZIK

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai…
Usah Berumah Di Tepi Pantai…

Tiada ulasan: