PAHANG DAILY
KUANTAN - Sambutan Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan dekat sini, hari ini sedikit tercemar bila dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah gagal untuk "mengundang Ketua Kerajaan Negeri Pahang" untuk hadir bersama dalam perasmian yang diadakan pagi tadi.
Agak menghairan bila kelibat Exco Kerajaan Negeri Pahang iaitu Dato' Syafiq Fauzan pula dilihat berada di situ. Biarpun mungkin beliau menggantikan MB, namun program peringkat kebangsaan itu sepatutnya perlu dihadiri oleh Ketua Kerajaaan Pahang sebagai "Tuan Rumah" sebenarnya.
Bahkan, beliau wajar membatalkan segala program lain, kerana pelancaran Hari Pengguna itu yang lebih utama dari yang lain. Perasmian program ini telah dibuat secara gilang-gemilang oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Ismail Sabri Yaakob.
Maklumat dalaman yang diterima daripada pihak "protokol" mengatakan pihak penganjur "tidak membuat jemputan rasmi" kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob. Ini menyebabkan pihak terbabit keliru dengan program berkenaan, kerana secara terang-terangan telah membelakangkan ketua kerajaan Pahang itu sendiri.
Sama ada perkara ini disedari atau tidak, kami sendiri pun masih belum dapat memastikan. Namun apa yang berlaku jelas sekali amatlah memalukan.
Ini kerana tindakan tidak menjemput Menteri Besar dalam program besar-besaran seperti itu jelas sekali amat keterlaluan. Ini kerana kerajaan Negeri Pahang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Apa yang berlaku ini menggambarkan bagai ada sesuatu yang tidak kena, atau pun mungkin ini adlaah satu "konspirasi terancang untuk menidakkan keupayaan Dato' Seri Adnan Yaakob" sendiri sebenarnya.
Tambah menarik lagi, sebelum ini memang kami ada mendengar "khabar angin" dan "desas desus" bahawa kedudukan Adnan sebagai MB akan berakhir penggal ini sahaja. Ini kerana, pemimpin UMNO pusat sudah bersedia untuk mengetengah Dato' Safiq Fauzan, ADUN Inderapura itu sebagai Menteri Besar Pahang yang baru selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Jika telahan ini benar, maka sudah pasti ia merupakan tamparan hebat buat Dato' Seri Adnan Yaakob. Tambahan pula, memang dimana-mana program besar yang dianjurkan di Pahang, hanya kelibat Dato' Syafiq Fauzan sahaja yang dilihat berada disitu.
[Memang diakui bahawa Dato' Syafiq Fauzan layak untuk menggantikan Dato' Seri Adnan Yaakob berdasarkan latar belakang pendidikannya serta rekod perkhidmatan yang bersih dan cemerlang.
Bahkan beliau berkelulusan dalam bidang agama dan masih tidak terlibat dengan berbagai skandal serta kontroversi. Berdasarkan perkara inilah, beliau memang berupaya menjatuhkan Dato' Seri Adnan Yakob di Pahang.
Tambahan pula, beliau turut mendapat restu dan lampu hijau daripada ramai pemimpin tertinggi pusat dan UMNO Pahang sendiri. Maka itu juga, kami tidak hairan pihak penganjur Sambutan Hari Pengguna di Kuantan sengaja tidak mahu mengundang YAB Menteri Besar Pahang hadir dalam pelancaran program berkenaan pagi tadi.
Terima kasih atas maklumat dalaman "protokol SUK" ini.
Terkadang, kasihan pula melihat senario ini. seolah-olah MB Pahang itu bukannya dari UMNO dan BN. Jika Ahli Parlimen Kuantan dari PKR tidak diundang, itu mungkin tidak menggemparkan.
Ini tidak, MB UMNO dinafikan hak untuk bersama dalam program anjuran kerajaan BN sendiri. Bukankah ia merupakan satu perkara yang amat melucukan. Apakah ini merupakan satu konspirasi bagi menjatuhkan Menteri Besar Pahang itu agaknya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan