HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Julai 2009

Kes lilin: PAS Selangor minta jangan kelirukan masyarakat

Nyza Ayob


KUALA LUMPUR - PAS Selangor menggesa mana-mana pihak agar tidak cuba mengelirukan masyarakat berhubung isu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin menyalakan lilin sebaliknya terus berusaha meningkatkan martabat keadilan dan ketelusan di negara ini yang semakin tercemar selepas insiden kematian Teoh Beng Hock.

Setiasusaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menegaskan bahawa acara menyalakan lilin bukanlah termasuk di dalam ibadat mahupun pemujaan agama, sebaliknya merupakan adat kaum Cina serta penzahiran simbolik bantahan terhadap SPRM.

Jelas Khairuddin, PAS Selangor memahami bahawa tindakan Mohammad Nizar adalah sebagai menyatakan simpati dan protes terhadap kematian msiteri Beng Hock semasa berada dalam tahanan SPRM.

Beliau menegaskan PAS Selangor menghormati dan meraikan budaya bangsa lain termasuk menyalakan lilin sebagai tanda bantahan.

Sebelum ini, isu Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyalakan lilin menimbulkan reaksi pelbagai pihak apabila Menteri Besar Perak, Dato' Zambry Abdul Kader meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa tentang tindakan Nizar itu. - mns_

Tiada ulasan: