HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Julai 2009

Kerajaan Persekutuan Perlu Tutup Pejabat Pembangunan Persekutuan

TV SELANGOR


Kerajaan Persekutuan perlu menutup pejabat-pejabat pembangunan persekutuan di setiap negeri bagi mengelakan pembaziran wang rakyat, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, penubuhan pejabat kerajaan persekutuan di negeri-negeri pakatan rakyat akan menyebabkan pembaziran apabila fungsi yang dilakukan, sama seperti kerajaan negeri.

Sebaliknya, kata beliau, wang tersebut boleh disalurkan kepada dana kerajaan negeri bagi membolehkan kerajaan menguruskan dana tersebut dengan lebih berkesan untuk pembangunan negeri.

“Association of comenwel buat kajian mendapati faderalisme di Malaysia tidak begitu adil dalam menyalurkan usaha pembangunan, dia ada cara terperinci,”

“keadilan itu perlu dilihat melalui saluran pentadbiran, kita tidak payah ada dua saluran antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, ini akan berlaku pembaziran ini akan rugi dari segi pengunaan dana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pesta Buku Negeri Selangor 2009, di Kompleks PKNS Shah Alam, pagi tadi.

Tan Sri Khalid berkata, cukai yang dikutip oleh kerajaan persekutuan adalah wang rakyat dari setiap negeri dan ia perlu diagihkan semula kepada rakyat, tetapi apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat ialah mengagihkanya kepada negeri di bawah pemerintahannya sahaja.

“Kerajaan persekutuan mempunyai kuasa mutlak dalam mengutip cukai, k.begeri kuasa mutlak dalam pentadbiran tanah, ada hubungan persekutuan dan negeri,”

“Kertajaan persekutuan mesti menyalurkan dana-dana pembanguanan melalui kepada kerajaan negeri satu penghayataan pelembagaan Malaysia. This is Part of federalism. ”

Kerajaan pusat didapati bukan sahaja mewujudkan pejabat pembangunan berasingan, malah melantik pegawai pembangunan di daerah-daerah yang dipilih

Tiada ulasan: