HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Julai 2009

Datuk didakwa songlap RM55j

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN


KUALA LUMPUR – Suasana aman di Balai Polis Gombak di sini bertukar kecoh apabila 20 pelabur sebuah koperasi bertindak menahan kereta yang dinaiki seorang bergelar Datuk yang hendak pulang selepas memberi keterangan di balai itu selama dua jam.

Mereka yang mewakili 4,000 pelabur lain mendakwa menjadi mangsa penipuan Datuk berusia dalam lingkungan 40-an itu. Mereka bertindak demikian untuk mendesak lelaki berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif itu mengembalikan semula wang yang telah dilaburkan.

Mereka mendakwa sebanyak RM55 juta yang berjaya dikumpul daripada para pelabur dipercayai telah dilarikan daripada akaun koperasi berkenaan oleh Datuk tersebut sejak Mei tahun lalu.

Koperasi yang berpejabat di Sentul di sini menjalankan perniagaan serbuk pencuci, minuman kordial dan beberapa barangan keperluan harian.

Wakil pelabur, Zabidi Nasan, 37, memberitahu, mereka menyedari mengenai kegiatan gelap Datuk terbabit apabila tidak lagi menerima ganjaran pelaburan setiap bulan seperti yang dijanjikan.

“Jumlah minimum yang diperlukan untuk menjadi ahli dan membuat pelaburan ialah RM5,000 dan pelabur akan diberi pulangan sebanyak RM400 sebulan atau lapan peratus daripada jumlah modal.

Tiada ulasan: