SABAH DAILY
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika berucap di Parlimen semalam, menggesa supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi Parlimen di kawasan majoriti Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Trengganu.
Kebiasaannya setiap 10 tahun SPR akan melakukan persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya mengikut perkembangan semasa. Menurut Abdul Hadi, beliau merasa kecewa dan dukacita kerana sudah lama keadaan di tiga buah negeri di Utara dan Pantai Timur, Kedah, Kelantan dan Trengganu tidak mengalami perubahan dan tidak ada penambahan kawasan Parlimen.
Sudah sampai masanya SPR membuat kajian yang mendalam terhadap ketiga-tiga buah negeri tersebut supaya kerusi Perlimen dapat ditambah memandangkan keadaan sudah berubah dan penduduk juga semakin bertambah. Jika penambahan kerusi parlimen dikawasan tersebut tidak dilakukan segera, beliau khuatir keadaan itu akan menyebabkan Ahli-ahli Parlimen akan mengalami kesukaran untuk melakasanakan tugas mereka dengan lebih berkesan disebabkan luasnya kawasan dan bertambahnya jumlah penduduk.
Beliau menegaskan, “Oleh kerana itu, sangat wajar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Jabatan Perdana Menteri membuat kajian untuk membuat perubahan kepada kawasan-kawasan (Parlimen) di negeri tersebut”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan