HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Disember 2009

AZRB Lagi !

Editor Buletin



http://buletinonline.net/images/stories/berita17/kENYIRDAM.jpg

KUALA TERENGGANU
- Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) telah menerima surat perlantikan daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk membina empangan dan lain-lain bagi Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu yang bernilai RM49.5 juta

Ia adalah projek kali kedua jutaan ringgit yang diperolehi oleh AZRB pada tahun ini.

Pada 10 Ogos lalu, AZRB juga telah dilantik sebagai kontraktor membina Universiti Darul Iman, Besut, bernilai RM255.13 juta.


Pada 1 Disember, 2008, AZRB telah mendapat kontrak dari Kementerian Kerja Raya untuk membina Kompleks Pakar Bersalin di Hospital Kuala Terengganu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/Ismail%20@%20Mansor%20Bin%20Said-366.jpg.pngPada Ogos tahun 2008, AZRB telah menyiapkan pembinaan stadium tertutup di kompleks sukan Gong Badak bernilai RM94 juta.

Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah AZRB adalah ahli Umno iaitu Dato’ Ismail @ Mansor bin Said (Gambar kanan) yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kemaman, menang pada pilihanraya umum tahun 1978.

Pada tahun 1999 beliau bertanding di peringkat DUN Batu Rakit dan kalah kepada Dato’ Abu Bakar Chik

Tiada ulasan: