HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Disember 2009

Spakat akan perjuang nasib peneroka

Basiron Abd Wahab


BERA: Presiden Persatuan Anak Peneroka Se Malaysia (Anak) , Mazlan Aliman membayangkan kewujudan sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaan NGO baru untuk bergandingan dengan Anak bagi memperjuangkan isu-isu kepenerokaan.

NGO baru yang akan dikenali sebagai Spakat itu akan memfokuskan secara keseluruhan masalah peneroka, manakala Anak pula akan terus memberi fokus kepada masalah dan isu berkaitan Generasi baru Felda.

Perkara itu katanya kini sudahpun diperingkat perbincangan, dan sebuah jawatankuasa penaja telahpun dibentuk dan sedang giat menjalankan kajian serta pesediaan untuk penubuhan Spakat.

“Insyakallah NGO baru ini akan lebih fokos kepada isu peneroka manakala Anak akan memfokoskan isu generasi baru Felda,” katanya.

Mengenai Anak, Mazlan berkata, Anak akan memperhebatkan gerakan penerangan disuluruh negara untuk menambah keahlian disamping menubuhkan cawangan-cawangan baru disetiap skim penempatan Felda.

“Kita akan lancarkan ‘road show’ bergerak kesuruh negara untuk memperjelaskan isu-isu berkaitan Generasi Baru Felda,” katanya.

Mazlan menyifatkan Generasi Baru Felda semakin tersepit dengan pelbagai masalah yang gagal ditangani kerajaan dan Felda.

Anak, katanya juga sedang berusaha mendapatkan sokongan daripada kerajaan-kerajaan negeri bagi memboleh generasi baru Felda ini mendapatkan lot tanah di tanah rancangan bagi membina rumah kediaman yang menjadi masalah utama kepada golongan itu.

“Kita tahu banyak tanah kosong di rancangan Felda yang boleh di agih-agihkan atau dibina rumah kos rendah sebelum dijual kepada generasi baru Felda,” katanya.

Tiada ulasan: