HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Disember 2009

RM200j pulih 'projek sakit'

UTUSAN ONLINE


IPOH - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai di seluruh negara tahun depan.

Pengerusi SPNB, Senator Datuk Azian Osman berkata, projek tersebut akan dilaksanakan sebaik sahaja senarai projek terbengkalai diterima daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

''Kita akan memastikan projek pemulihan rumah terbengkalai yang dilaksanakan oleh SPNB itu disiapkan dengan sebaik-baiknya.

''SPNB terpaksa memulihkan projek itu tanpa mendapat keuntungan kerana ia merupakan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu rakyat," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Baucer Pakaian Sekolah peringkat Parlimen Ipoh Timur di Dewan Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan Perak di sini.

Sebanyak 388 pelajar miskin menerima baucar itu.

Azian berkata, sejak ditubuhkan, SPNB berjaya memulihkan hampir 70 projek rumah terbengkalai di seluruh negara sehingga tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mahu setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Ipoh Timur menjadi ejen kerajaan dalam membantu membasmi kemiskinan

Tiada ulasan: